Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 Julai 2009

Jangan kata Pendidikan Seni hanya mata pelajaran REMEH!!

Posted on 12:27 PG by Chrisroyston Bakum




PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan proses penghasilan, produk, kefahaman seni warisan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

Perasaan takut, cinta, berani, kecewa dan lain-lain merupan antara ramuan perasaan manusia dan ia telah mambawa seseorang itu berubah. Begitulah kaitan seni dengan kehidupan, pendidikan seni tidak harus dipandang enteng. Kanak-kanak yang membesar hendaklah menyalurkan perasaan dengan baik agar dirinya lebih memahami jiwa, emosi dan semua yang sedia ada..

Melalui penghayatan seni, mereka bukan sahaja menghasilkan output dari perasaan mereka malah mereka juga menerima input dari luar dan cuba memahami pekara tersebut. situasi sebegini akan membantu perkenbangan sifat dalam manusia dengan lebih sempurna. (mempu mengawal EQ bukan sahaja IQ)..
Ini antara pendapat dan perkongsian yang dapat saya kongsi berdasarkan panduan dari pembacaan dan refleksi saya sendiri.
( PEACE )







No Response to "Jangan kata Pendidikan Seni hanya mata pelajaran REMEH!!"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )