Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

01 Julai 2009

CORETAN ANAK KECIL

Posted on 12:27 PG by Chrisroyston Bakum


Habis SPM 2008 tandanya borang KPLSPM dah nak keluar di inernet, ada di kalangan kita join Program Khidmad Negara, ada juga yg kerja dan x kurang jiga yang join TLDM.. (Bukan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysa ) tapi (Tidur Lepak Dan Makan)) antaranya ialah.. x perlulah kita tahu. X baik mengaibkan org lain.

Pejam celik pejam celik, x sangka borang KPLSPM dah keluar, ada yg sekadar mengisi je kononnya untuk plan “B”, ada yg penuh perasaan mengisi sampai berebut masuk CC ada yg lebih teruk sampai dibeli komputer Laptop dah konfiden sangat la tu. Yang penting semua dah isi la time tu..

Time tunggu nie lah yang perih, ada yg masih kerja sambilan tu dok temenung je tunggu keputusan mana2 borang yang diisi dlm internet. Ada yg teruk lagi, time tungu tu sempat praktikal dgn adik2 yg dasyat lagi datuk nenek pun dia praktikal sekali!!

Ok, keputusan dah keluar. Banyak la telatah bujang dara yg mengisi mana2 borang dlm internet dengan harapan berjaya ke peringkat temuduga. Ada gang2 yg masuk universiti kami ucap takhnIah. Ada yg dapat SPA dan ada yg dapat 2 pilihan!! Apa2 pun kita dah masuk IPS MIRI nie gerenti dah memilih untuk jadi cikgu. So? No comment la, dalam tagged dan friendster je kalau nak komen. Tp bg yg x dapat apa2, masuk form 6 la jawabnya.

Akhirnya, kita berpisah dengan keluarga dan di suai kenal dalam IPS Miri. Yang malu-malu tidak lagi sendiri. Sekarang tiada lagi yang menangisi rindu sepi sebab kita sudah ada kawan. Disini kita belajar semula bersama-sama.

Tidak terasa, perjalanan dari darjah 1-6 kemudian tingkatan 1-5 telah berlalu. Kini diteruskan lagi dengan pengajian 5 tahun setengah untuk menjadi seperti pendidik yang menemani kita sepanjang 11 tahun yang lalu. Kita adalah bakal guru, sukar jika hendak mengatakan sesal, ini adalah pilihan dan takdir kita. Buktinya.. @#$#@ tengok la perenggan 2 terakhir ini sangat sedikit kesilapan tatabahasa!! Hahaha!! Tak ada la, lawak je.. Yang penting kita mesti menjadi pelajar yang bahagia untuk menjadi cikgu yang berjaya!!

3 Response to "CORETAN ANAK KECIL"

.
gravatar
Dermaga Si Anak Seni Says....

hahaha..dalam ulasa ini aku nak cadangkan supaya perbanyakkan gambar dalam blog ini..have a nice day.

.
gravatar
JACK Says....

salam sejahtera kepada anda semua.. semoga Blog ini terus maju. x sangka juga dapat lihat kehidupan u all sepanjang proses mjadi guru.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )