Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Julai 2009

Bakal Guru Dan Organisasi by chrisroyston untuk rakan-rakan semua.

Posted on 1:20 PTG by Chrisroyston Bakum



Salam perpaduan kepada semua.

Saya mulakan perkongsian kali ini dengan mengungkit gaya pemikiran manusia. Kita sering menidakkan sesuatu kerja tanpa mencubanya terlebih dahulu, malahan kita sering kali berasa tidak yakin bahawa sesuatu yang sangat hebat akan terlaksana. Masalah ini berlaku kerana dalam diri kita, sikap mementingkan diri sangat pekat dan ia masih menyelimuti jendela kebenaran.

Seriang kali saya melihat rakan-rakan sepengajian akan mengeluh jika diberikan tugas. Tindakan tersebut tidak salah, tetapi ia menunjukkan kepada kita bahawa manusia sangat tidak selesa jika hak dan kesenangan mereka dipinjam atau diganggu oleh tanggungjawab. Tetapi situasi akan berubah jika sesuatu tanggungjawab itu mampu mendatangkan motivasi kepada individu yang terlibat atau tanggungjawab tersebut nampak mudah dan seronok dilaksanakan.

Disini, saya ingin berkongsi satu daripada formula yang dapat menyedarkan kita bahawa, kita mampu untuk mencapai matlamat serta melaksanakan tanggungjawab yang sedia ada. Saya sangat terdorong untuk menerbitkan Post ini setelah mendengar penjelasan dari pensyarah saya pagi tadi ( subjek PPN. Mr. Selvaraj) yang ada menyentuh mengenai konsep Profesion dan organisasi.

BACA FORMULA PENYELESAI MASALAH INI YANG SAYA HASILKAN DI BAWAH:

MATLAMAT=organisasi(pemangkin+matlamat+disiplin+jadual)-masa.

Disini saya ingin menekankan bahawa organisasi yang terurus amat penting menjelang musim assignmen dan untuk aktiviti berat seperti pameran.

Organisasi yang terurus tidak membebankan ahlinya kerana pembahagian tugas yang baik dapat mengelakkan kekeliruan yang meneybabkan beban kerja. Ini dilakukan dengan baik jika AJK-AJK tidak akan mengangu AJK yang lain dan hanya fokus tugas AJK itu sendiri.


Organisasi yang terurus menjadikan kerja lebih mudah, sedikit dan berterusan.






Saya sedar dan akur bahawa semua ini tidak akan berjaya sekiranya sesebuah organisasi tersebut tiada pemangkin untuk merancakkan pergerakan ahil-ahlinya. Oleh itu Mesyaurat hendaklah diadakan secara konsisten. Mesyuarat itu juga hendaklah berkesan dan menarik agar penglibatan mana-mana ahli tidak sia-sia.

"Siapa yang tak suka jika kita adakan mesyuarat di restoran."-Alfie
"kalau setiap kali mesyuarat ada minum kopi pun ok."-Ridzuan
"Ahli hendaklah sudah bersedia dengan isu mereka, barulah lancar dan gempak serta berkesan"-Rozana

Memandangkan tidak lama lagi kita akan dihujani Assignment dan projek Pameran, saya sebagai ketua pengajian menyeru agar semua tidak panic, hahahaha!! bukannya dunia kiamat pun. Cuma kita hendaklah bekerjasama dan meminjamkan sedikit tenaga untuk membalas budi kerajaan yang sudi memeberi kita RM400 setiap bulan. Tidak perlu kita menegluh panjang, kerana kita sedang membina organisasi yang dapat memenuhi keperluan kita sebagai Angkatan Pelajar IPGM, dan organisasi inilah yang akan memastikan semua kerja kita lancar dan senang serta menarik. Kepada semua Adik beradik sepengajian, Sudikah anda berjalan bersama kami?

sekain...
Chrisroyston.
thanks 4 da hand.. lawati laman web kita untuk mendapatkan maklumat terkini dan sila maklumkan "Admin" jika anda ingin menggunakan kemudahan laman web tersebut. seperti papan pengumuman dan bilik mesyuarat maya.

No Response to "Bakal Guru Dan Organisasi by chrisroyston untuk rakan-rakan semua."

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )