Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Julai 2009

APAKAH INI BENAR?APA PANDANGAN PENDIDIK DI SARAWAK?APA PENDAPAT ORANG SARAWAK?

Posted on 1:40 PTG by Chrisroyston Bakum


Pada Minggu yang lalu saya telah membeli majalah kegemaran saya. Keluaran bulan ini sangat menarik dengan kulit luarnya yang sangat mengancam apatah lagi dicoretkan dengan tajuk utama yang sangat menggerunkan. "bunuh 8 mangsa demi ilmu hitam" demikianlah kisah hangat bulan ini. Tetapi, terselit beberapa topik kecil di muka hadapan dan mata saya terpaku dengan satu tajuk yang sangat mencurigakan jiwa anak sarawak pedalaman saya ini. "cikgu Melayu Semenanjung makan b**i di sarawak" B**I semestinya mewakili perkataan babi.. 

Setahu saya kisah ini tidak mustahil berlaku tetapi inilah pertama kali saya mendengar pengakuan melampau bekas cikgu-cikgu Semenanjung yang pernah posting di Sarawak. Dalam artikel tersebut juga ada menyatakan seks bebas agak mudah tercetus di kawasan pedalaman dan mereka nanyatakan juga budaya minum arak serta makan babi di kalangan cikgu-cikgu tersebut. Dengan beralasankan kejutan budaya, mereka menafikan pihak penduduk setempat sebagai punca semua ini terjadi dan menyandarkan masalah tersebut kepada cikgu-cikgu yang berkenaan.

Rimpunan ayat tersebut tidak menimbulkan persoalan yang teramat dalam buat saya tetapi tuduhan yang melampau-lampau cikgu-cikgu tersebut membuat saya tidak selesa dan ragu-ragu dengan sumber lisan tersebut. Memandangkan saya membesar di kawasan pedalaman dan dikelilingi golongan pendidik sepanjang masa, apatah lagi cikgu-cikgu dari semenanjung. Banyak sekolah pedalaman yang terdapat di kawasan Sarikei dan banyak yang telah saya lawati.

Antara isi yang ditulis dalam sumber tersebut kepada pihak Majalah tersebut adalah "harga daging halal di Sarawak agak mahal berbanding dengan daging babi" "mengapa teruk sangat perangai pendidik di sana (Sarawak)?" Haha. Relax.. 

Cikgu-cikgu anak jati Sarawak dan Sabah..apa pendapat anda? ingin tahu? Bacalah majalah MASTIKA keluaran bulan Ogos. Selamat menyambut hari merdeka!!


No Response to "APAKAH INI BENAR?APA PANDANGAN PENDIDIK DI SARAWAK?APA PENDAPAT ORANG SARAWAK?"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )