Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Kepada Semua yang beragama Islam. Kami mengucapkan selamat hari RAYA AIDILADHA. Semoga amal ibadat kita diberkati dan penuh hikmah untuk dikongsikan bersama.

Sehubungan dengan ini ingin diingatken kepada semua rakan-rakan agar meluangkan masa yang ada untuk keluarga serta tanggungjawab yang sedia dipikul mahupun telah dirancang bagi memenuhu masa cuti ini.

Sebelum balik pada 21/11/2009 yang lalu, banyak perancangan yang telah dikongsikan bersama sesama rakan-rakan mengenai aktiviti yang akan dilakukan untuk mengisi kelapangan semasa cuti. Antaranya, berkerja, belajar memandu dan tidak kurang juga membantu kelauarga.

Kepada semua, diharapkan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Jika ada yang menghadapi sesuatu yang diluar dugaan, bersabar dan fahami hikmah di sebalik kejadian yang dihadapi.

Selamat bercuti dan bersantai.

Special thanks 2 BINARY NUMBER
created by Keichi Niwa AKA Khairul

!!!for the support!!!

26 November 2009

Cuti Angin Peralihan Monsun PPISMP


Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan 1000 kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana rancananya telah membawa kita menikmati kehidupan sampai ke tahap ini. Tanpanya kita tidak akan merasakan kabaikan yang telah kita miliki hari ini.


Jika mengimbau semula perjalanan yang telah kita lalui, memang tidak terasa masa itu berlalu. Sering saya berkata kepada rakan-rakan "seperti baru semalam kita bertemu dan mula, tapi tak terasa sudah agak jauh perjalanan yang telah kita lalui". Apa-apa pun, peralihan program PPISMP ke PISMP pasti akan menemukan kita dengan pelbagai cabaran yang baru dan banyak perkara yang menarik yang akan kita hadapi nanti.


Matapelajaran baru, pensyarah baru mungkin rakan pengajian baru akan menambahkan lagi perisa yang akan kita telah cipta selama ini. Yang pasti kita hendaklah menghadapinya dengan penuh kesabaran.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua dan gunakanlah masa yang ada untuk mereka yang penting dalam hidup anda selagi ada masa. BAgi yang tiada yang penting, tidur la puas-puas agar tahun depan tiada alasan lagi bangun lewat ok!! Selamat bersantai.

16 November 2009

Penutupan Permainan Petanque!!


Hadiah yang bakal dibawa oleh pemenang



Berdiri dari kiri:
Saiful, Alfie, Azalizan, Annie, Hii Shin Jing, Cindy, Sharol, Khairul, Bermas
Duduk dari kiri:
Mr. Si Tong Yong, Mr. Jamal, Miss. Lee


Gambar kenangan bersama pemenang:
Juara: Hii Shin Jing, Cindy, Annie (Star Bear)-BCPJSV
Naib Juara: Alfie, Saiful, Azalizan (orang bujang)-SVBIBM
Tempat ketiga: Khairul, Beremas, Sharul (KBC World)-MTBIBM


En. Jamal memberi kata yang penuh makna untuk semua bakal pendidik


En. Allen Sedang berucap dengan megahnya

Pada 16/11/2009 kami telah mengadakan satu perjumpaan terakhir yang dihadiri semua rakan-rakan pengajian semester-3 PPISMP Matematik, Bahasa Cina dan Seni Visual termsuklah 3 orang pensyarah iaitu, En. Si Tong Yong, Cik. Lee dan En. Jamal.

Pada hari tersebut kami telah mendengar ucapan penutupan dari pengerusi kelab Petanque sendiri iaitu En. Allen. Kemudian disusuli ucapan dari pensyarah gerko iaitu En. Jamal. Berdasarkan maklumat dari bekas ketua pengajian kami, En. Jamal merupakan orang kuat IPGM Kampus sarawak Miri dalam pengurusan kokurikulum.

Perjumpaan kami diakhiri dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada pemenag-pemenang pertandingan petanque yang telah diadakan sebulan yang lalu.

15 November 2009

LIMPAHAN GAMBAR!!!


Pada pemeran yang lalu banyak karya telah dipamerkan. Tidak lama lagi gambar2 berkenaan akan dipamerkan di dalam album Dermaga.. Nantikan lambakan gambar2 berkenaan. Sebagai tambahan, Saya akan membanjirkan album berkenaan dengan beberapa episod gambar sepanjang 2 bulan terakhir di IPGM ini sebelum cuti bermula.

Proses Upload gambar dijangkan akan siap pada hari Rabu. 18/11/2009

WARNING!!!


Pada Isnin Ini 16/11/2009 pukul 9.15am Bertempat di Dewan Ilmu IPGM Kampus Sarawak Miri Kita akan mengadakan Majlis penyampaian Hadiah Sempena pertandingan yang telah dijalankan pada beberapa minggu yang lalu.

Sebarang penundaan tempat dan masa akan dimaklumkan segera melalui ketua pengajian masing-masing.

PERHATIAN UNTUK PENGAJIAN
(SVBIBM/MTBIBM/BCPJSV)
SEMESTER-3 AMBILAN JULAI 2008 SAHAJA

WOW!!! IS IT THE END OF IT!!!???


Majlis makan malam anjuran JPP dengan kerja sama IPG sendiri.
ok untuk pengetahuan semua, majlis tersebut akan diadakan pada 19/11/2009 dan esoknya adalah hari kita mula balik. Budak2 IPGM Kampus Sarawak Miri balik pada 20/11/2009. Ok, la tu sempat sambut Krismas.

Well, tahun sebelum ini kami telah menyambut majlis makan malam di Eastwood Valley. Tetapi kali ini kami menyambut di...Jeng..jeng...Jeng!! EASTWOOD VALLEY SEKALI LAGI!!! eeerrrr??? again?!! x apa la... tempat yang sama x bermakna kehangatannya sama. MAby tahun ini lebih hangat? makanan lebih sedap? or...penampilan pensyarah2 kita yang hebat menjadikan suasana sejuk malam manjadi panass!!!! zassss!!!!

Anyway, kami sentiasa menyokong apa saja yang IPG perjuangkan x kira ia bersifat minoriti or..sebaliknya. Semoga di malam yang indah permai tersebut semua akan dapat meluangkan sedikit ketika dikala tahun 2012 akan tiba...hahahaha!! lawak jer..semoga kita dapat menjalinkan masa bersama sebelum melangkah ke alam baru. Selamat beriadah!!

Tarikh: 19/11/2009
Masa: Jam 1800/6PM
Lokasi: Eastwood Valley And Golf Country Club

Birth day bersama Junior SVBIBM!!


"Saya bangga setelah berjaya mencecah usia 19 tahun"-Emanuel


"Apakah erti hari jadi tanpa huru hara"-Saiful the good boy

Muka-Muka mereka yang sedang berseronok


Muka-muka mereka yang sedih...Tipu jer.Happy lar..


Kek yang mengeluarkan APi..karbon dioksida..dan gas2 rumah hijau..

Selamat hari jadi kepada Emanuel!!! dan kawan perempuan dia seorang tu (bukan teman wanita-dont ever direct translate) ...saya pun dah lupa nama dia..yang pasti hari jadi mereka tanggal pada 12.11 dan seorang lagi pada 11.11.

Dengan tidak sengaja saya KK dan Saiful telah menyertai pesta yang agak tidak terkawal apabila tepung tawar terbang kesana kemari dan menyebabkan muka kami putih ibarat pontianak yang baru habis bermake up. Kami hanya sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada dua orang junior kami. Apa-apapun keseronokan mereka bersama mambuatkan kami bertiga terharu dengan semangat persahabatann sem-1 yang mereka ada..kami dulu pernah mengalaminya..tetapi kini semuanya hanya tingga kenangan..masing2 ada haluan baru kot..maklumlah pembaharuan... (harap x hangat2 tahi ayam la api persahabatan mereka tu) AMIN....

Saya melihat KK dan Saiful saling memandang satu sama lain. Mungkin mereka telah jatuh hati kepada satu sama lain???!!! owhhh... x mungkin... pada ketika itu saya sedang kusyuk mencuri (bukan mengambil gambar) gambar mereka yang sedang berseronok... Mungkin KK dan Saiful juga sedang memikirkan perkara yang sama bermain di kepala Hotak saya. Mana tak nya, tiap kali kami terpandang kek cokelat tersebut..terkenang kek "Black Forest" dan "Green Guavana" yang pernah kami tempah dulu untuk menyembut hari jadi teman2 yang lain..

Malang tidak bebrbau, KK dan Saiful bukannya bersedih!!! mereka sedang mengatur strategi untuk melancarkan serangan tepung gandum ke atas junior manakala KK sedang menguasai bom kek yang dari tadi dikuasai Garusin!!! Nampaknya pesta pora sedang berlaku di IPG!! Tanpa diketahui Osama. Happy nya mereka..malas nak kacau...saya balik dulu sebelum baju saya dikotori tepung..biar la budak2 tu main2. HAve a nice day gang..

Apa-apapun, semester ini kami tidak menyambut hari jadi..mungkin terlalu sibuk agaknya...

Friends $ ever
Leave Somebody with something
but
dont leave somebody for something

OWH!!!!!!!!!!




MASALAH WIRELESS AMAT MENYUSAHKAN JIWA LARAKU!!!
Sejak akhir2 ini teramatlah sukar untuk menghantar post ke Blog!!! ok sebagai bonus!!! limpahan maklumat mulai esok akan berlaku selama seminggu!!! selamat menjamu selera!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

THIS IS SOME REVIEW 4 ALL OF U:
1. JAMUAN AKHIR TAHUN
2. BIRTHDAY JUNIOR
3.SEKILAS PANDANG UPDATED KARYA TIDAK BERNAMA DIGITAL
4. MISTERI!!! MISTERI!!!
5. CELOTEH SANA SINI!!!
6. DAN LAIN2....

Jumpa lagi chowww!!!!



01 November 2009

Pameran Seni-The End Of It "Special Thanks.."






29-30.OKTOBER.2009- Pameran kami "Pameran S.E.N.I Visual" telah dijalankan dengan jayanya dengan sokongan lebih dari setengah ribu pengunjung selama 2 hari. Pameran kali ini tidak melibatkan lawatan dari sekolah luar seperti sebelum ini disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pada hari pertama kami telah mengadakan bengkel catan bersama pensyarah Seni yang tidak asing lagi, beliau adalah Mr. Mages Laoi. Bengkel tersebut telah disertai 32 peserta. kesemua peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dikhendaki menghasilkan karya catan. Apa yang istemewa, mereka dikhendaki mengecat pada bahan-banan terbuang tanpa menggunakan berus melainkan badan mereka sendiri. Pelaka merupakan pilihan utama pada hari tersebut memandangkan ia merupakan media yang mudah diuruskan. Tema bangkel tersebut adalah "Ekspresi Diri"

Pada tengahharinya pula, kami telah mengadakan perasmian "Pameran SENI Visual" Mr. Mages Laoi sekali lagi melakukan kejutan apabila beliau telah tampil dengan lagunya yang bertajuk S.E.N.I. lagu tersebut tercipta setelah beliau mengamati pameran kali ini. Segera beliau telah mencipta lagu tersebut pada hari berkenaan dan dengan istemewa telah dipersembahkan kepada semua penonton yang hadir pada hari perasmian tersebut.

Pameran kami diteruskan pada malamnya. Pada malam tersebut kami telah mengadakan beberapa aktiviti tambahan bagi menceriakan lagi pameran pada malam hari, kami mengadakan karaoke dan ia terbuka kepada semua pengunjung secara percuma. Memandangkan pameran tersebut telah mendapat sambutan, kami melanjutkan masa pameran pada sesi malam kepada 3 jam.

Pada hari jumaat, pameran kami dijalankan seperti biasa dan tamat pada pukul 12pm. berkat kerjasama dari semua pengajian yang terlibat. Dewan pameran telah dikemas dengan bersih seperti sedia kala dalam masa kurang dari setengah jam.

Special thanks to:
TUHAN
Memberi peluang kepada kami dalam menjayakan pameran.
PPISMP SEM-3 BCPJSV
Atas kerjasama yang diberikan dalam mengelolakan pameran
PPISMP SEM-3 SVBIBM
Atas penyertaan sebagai pelapis dalam pameran
MR. PATRICK
MR. BELL
Atas tunjuk ajar dan bimbingan yang amat membantu dalam menjayakan pameran.
MR. MAGES LAOI
Atas komitment yang luar biasa dalam menceriakan pameran.
IPGM MIRI/TUAN PENGARAH/KJ SAINS SOSIAL
Atas sokongan yang diberikan.

Personal thanks to:
Ridzuan aka Anai
Atas "Immunity" anda dalam berkerja sangat keras dalam memenuhi permintaan AJK-AJK pameran.

Serena Clare/Jelly/Rozana/Nabilah/Pidah/Saiful/KK
Atas "Nobility" anda dalam menggerakkan pameran ini dengan beraninya dan melancarkan organisasi ini.

Alfie/Dayah/Syafiqah/Azalizan
Atas "Crazy Offender" yang anda sumbangkan dalam mengempakkan pameran kali ini.

Hanisah/Mel/Meng/Raylyn/Heilda/Suzi/Alice/Ronnie
Atas "Stay In Team" dalam membantu AJK yang lain.

Koko/Meq
Atas "Domesticity" usaha dalam pameran ini.




Seni Estetika Naluri Inspirasi
4 Ever & The Only One

LVL3-Riang ria photo have been update due to tiz event!!

26 Oktober 2009

KEMUNCAK SEGALANYA!!!


Mulai 26-30/Oktober/2009- Pengajian kami akan mengadakan persediaan untuk pameran yang akan diadakan pada 29-30/Oktober/2009.

Dengan bantuan pengajian bahasa cina (PPISMP Sem-3 BCPJSV) kami akan membuat persediaan untuk menghadapi pameran yang akan diadakan. Kali ini pameran kami bertemakan kelahiran dan pengamatan seni visual. kesemua ini kami rumuskan melalui akronim S.E.N.I yang diterbitkan dari empat perkataan iaitu Seni, Estetika, Naluri dan Inspirasi.

Pameran kali ini memiliki kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan dengann pameran yang telah diadakan sebelum ini. Kami ingin menampilkan pameran yang lebih bersahaja dan semi karnival.

sebelum ini kami telah mengedarkan borang mengenai pertandingan Fotografi Bertemakan Satu Malaysia. Kami berharap agar pameran ini lebih bernyawa dengan adanya beberapa kelainan dan aktiviti yang diadakan. Kesempitan ruang dan masa tidak menjadi masalah kepada kami walaupun pameran kali ini lebih singkat jika dibandingkan dengan pameran sebelum ini. Namun kami akan cuba yang terbaik untuk menjayakan program ini.

Apa yang pasti, tunjuk ajar serta bimbingan dari penaung utama pameran iaitu En. Patrick Avon dan En. Bell Suut amat membantu sepanjang menjayakan minggu-minggu perancangan dan persediaan yang sedang dijalankan. Begitu juga Ketua jabatan Sians Sosial En. Kunjang Malong yang banyak membantu dari segi pengurusan peringkat IPG.

Sekian...

20 Oktober 2009

Pertandingan Karaoke Amal 2009



Satu pertandingan Karaoke anjuran PISMP Pengajian Sosial sem-4 & JPP sesi 08/09 akan diadakan tidak lama lagi. Apa yang pasti semua rakan2 pengajian diwajibkan untuk membayar RM3 untuk menyokong pertandingan tersebut.

satu kupon beserta nombor siri yang akan dirujuk sebagai nombor cabutan bertuah akan diedarkan oleh ketua pengajian. Kupon tersebut hendaklah dijaga dengan baik kerana ia diggunakan untuk menonton di peringkat saringan dan peringkat akhir, Berikut merupakan tarikh dan tempat pertandingan tersebut akan diadakan:

TARIKH:
23/10/2009 (Peringkat Saringan )
Jam 1400-1600 & Jam 1940-2330

24/10/2009 ( Peringkat Akhir )
Jam 1940-2330

BERTEMPAT DI DEWAN MUHIBAH IPGM KAMPUS SARAWAK MIRI

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGAJIAN DAN DIHADKAN "SATU PENGAJIAN SATU WAKIL" LAGU ADALAH BEBAS, BAWA LAGU KARAOKE SENDIRI ATAU PILIH LAGU DARI PIHAK PENGANJUR


SILA HUBUNGI SAUDARA FATIHI PADA NOMBOR
014-576767satu UNTUK KETERANGAN LANJUT

KONSERT INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN KURANG UPAYA DI SUNFLOWER HOUSE DAN SEBUAH RUMAH ANAK YATIM DI MIRI. SEPANJANG MINGGU INI, BAKUL2 DERMA AKAN DISEDIAKAN DI BEBERAPA BANGUNAN UTAMA DALM IPGM KITA. BAKUL2 TERSEBUT ADALAH TEMPAT UNTUK TUAN PUAN SEMUA MENYIMPAN BARANGAN YANG HENDAK DIDERMAKAN SEPERTI PAKAIAN TERPAKAI, KASUT YANG MASIH ELOK, BUKU-BUKU, LAPTOP ATAU APA2 BARANG YANG INGIN ANDA SUMBANGKAN DENGAN SEIKHLAS YANG MUNGKIN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.


Keputusan Pertandingan Petanque



17/10/2009- Satu pertandingan petanque telah diadakan di padang rejam lembing IPGM Kampus Sarawak Miri. Pengajian PPISMP Sem-3 Bahasa Cina telah menjuarai pertandingan tersebut. Mengalahkan Pengajian Seni Visual yang berada di tempat kedua dan Matematik di tempat ketiga.

Apa yang istemewa, pasukan yang menjuarai pertandingan tersebut terdiri dari kalangan wanita!! mengalahkan pasukan terbaik dari pengajian yang lain yang diwakili rata-rata golongan lelaki. Ternyata "Girls Power" masih berkuasa sehingga ke hari ini..esok saya tak jamin la..

"Saya amat kagum dengan semangat rakan2 yang memeberi sokongan sepanjang pertandingan tersebut walaupun cuasa sangat panas" Edward (ketua pengajian Matematik) "Pensyarah yang turut serta sangat sporting dan mesra!!,inilah yang kita inginkan dalam satu komuniti iaitu intipati yang erat!!" Chrisroyston (ketua pengajian Seni Visual) "Saya berasa sangat seronok melihat rakan2 bermain bersama, sebab ada di kalangan mereka suka sanagt berkurung dalam bilik" Hii Shin Jing (Ketua Pengajian Bahasa Cina)

Anyway, dalam masa terdekat ini gambar2 yang berkaitan akan diupload dalam album "Riang Ria Foto kita"

Sekian sahaja refleksi kehidupan sehari dari IPGM. Maju IPGM!!! Maju Malaysia!!









15 Oktober 2009

PROMOSI PAMERAN




23/10/2009- Pengajian PISMP Sem-2 akan mengadakan satu pameran (Literasi Bahasa) di Dewan Muhibah. Pengajain Kami (Dermaga Krew) telah dijemput untuk memeriahkan lagi pameran tersebut. Apa yang dijangka, Pengajian kami hanya akan mengadakan jualan cendera mata dan promosi mengenai Pameran S.E.N.I yang akan diadakan pada 28-30/10/2009.

08 Oktober 2009

Pertandingan Petanque Antara Pengajian

PERTANDINGAN DIJALANKAN PADA
17.10.1009
MINGGU INI!!

Untuk mengganti jam perjumpaan kita. Kelab permainan petanque telah bercadang dan akan mengadakan pertandingan antara pengajian MTBIBM, SVBIBM dan BCSVPJ. Pertandingan tersebut akan diadakan selama satu hari dan melibatkan beberapa pasukan dari setiap pengajian tersebut.

Sebagai pemebritahuan awal, pengerusi kelab permainan tersebut telah berbincang dengan setiap ketua pengajian dan menerima beberapa cadangan berkaitan pertandingan tersebut. Antaranya:

Lokasi:
-Tepi Pantai.
-Padang utama IPGM Kampus Sarawak Miri.
-Padang Asrama IPGM Kampus Sarawak Miri.

Pasukan: -Setiap pengajian hendaklah memecahkan ahlinya kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari 3 orang.
-Pasukan yang terbaik bagi setiap pengajian akan bertanding dan berhadapan dengan satu sama lain.


Sistem: -Sistem kalah mati akan digunakan.
-Sistem 7 mata akan digunakan.

Sila peka terhadap mana-mana pemberitahuan semasa dalam blog untuk mengetahui perkembangan terkini.

Baju Pameran Sudah Siap!!

BAJU AJK & VIP PAMERAN
Baju dari pandangan belakang
Baju dari pandangan depan
Depan: Krew, Logo IPGM Kampus Sarawak (Berwarna)
Belakang: S.E.N.I (seni estetika naluri inspirasi)


Pada minggu ini, baju yang telah ditempah 2 minggu yang lalu akan diedarkan. Kini tampil dengan warna putih separa legap. Cop pada baju ini merupakan hasil rekaan AJK Khas dan ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu untuk AJK yang terlibat dan untuk VIP. Kualiti fabrik amat memuaskan dan bersesuaian dengan harga dan jumlah serta saiz cop rekaan pada baju.

Kepada semua AJK pameran SENI Visual, sila dapatkan baju anda dari saudara Alfie Khan PPISMP SVBIBM Sem-3.

Pameran dirangka dan akan diadakan sekitar 14-16 Oktober. Apa-apa yang berlaku pengajian kami akan memastikan semuanya sudah bersedia pada tarikh berkenaan. Sekiranya berlaku perubahan pada tarikh, ia tidak akan menjejaskan persediaan yang sudah sedia dirangka dan dirancang.

07 Oktober 2009

Link Terbaru!!




Kini kita mampu menikmati gambar2 yang menjadi peti sejuk kepada kenangan yang lalu. Sebagai tambahan, Galeri "Dermaga Vault" akan dinaik taraf dalam jangka masa terdekat. Semua ini berlaku berikutan program naik taraf laman utama DERMAGA. Dijangka dalam lingkungan pertengahan bulan Oktober kita akan dihujani koleksi gambar2 karya rakan sepengajian di sini!!

07 September 2009

Sedang dinaik taraf





Blog ini sedang dinaik taraf dan dikemas kini

Blog akan beroperasi semula sekitar Awal bulan 10 dan terus dinaik taraf sehingga proses 100% lengkap. dengan bantuan "Mr. Kei dari Binary number". Tanyalah pengasas Binary Number jika ingin mengetahui identiti misteri jejaka bernama Mr. Kei Niwa. (hampir "ter-spoil" pulak identiti dia). Have a nice day!!

DATA:
Window styling -50%
Maklumat terkini -05%
Kualiti -55%

01 September 2009

Baju Pengajian "SATU KITA"

KITA BERSATU DAN BERPADU

Ini merupakan bukti bakti kita terhadap identiti yang kita pegang sebagai ahli SVBIBM. Ini juga merupakan baju ke-2 yang kita cipta sepanjang kita berada di IPS ini atas dasar kesatuan ini.

Rekaan utama pada baju ini merupakan hasil rekaan Serena Clare dengan bantuan rakan sepengajian dalam AJK Publisiti.

Dengan adanya baju ini, memori kita akan terpahat pada hamparan tekstil yang dicetak. Semoga masa yang kian menelan kita tidak akan melunturkan cetakan persahabatan yang kita telah bina.




Baju diusahakan oleh Alfie dan Serena. Thanks 4 all of ur support. Nilai persahabatan kita pada dasarnya tiada bandingnya dengan nilai wang yang dicas untuk menempah baju tersebut. Nilainya sentiasa berubah-ubah, jika dikenang zaman kita meneroka isi perut Gua Niah bersama-sama, nilai ia kian meningkat jika dikenang zaman kita tersilap kata salah faham nilainya kian menurun.

Walaupun nilai persahabatan kita ibarat ombak yang tidak tenteram, namun persahabatan kita diibaratkan pasir di pantai, setiap luka akan hilang disapu ombak tiap kenangan manis akan larut ditelan pasang surut zaman. Salam persahabatan dan selamat berpuasa.

16 HARI LAGI RAYA AKAN TIBA!!!



SELAMAT BERPUASA

Kepada semua yang beragama Islam, kami ucapkan selamat berpuasa di bulan yang indah ini, diselitkan juga semangat Kemerdekaan yang meresap di dalam jiwa kita sepanjang berpuasa ini. Semoga di bulan yang bahagia ini kita dapat memperoleh pelbagai hikmah, petunjuk serta pedoman untuk dijadikan bekalan sepanjang perjuangan kita menjadi manusia yang terdidik.

Masihkah kau ingat akan detik kita bersama-sama memasak di surau? Apa kata kita imbau kembali detik-detik tersebut dengan beberapa keping gambar tersebut.






Selamat berpuasa, amrilah kita panjatkan syukur atas kehidupan yang kita gengam selama ini. Marilah kita menghitung hari bersama-sama.

SELAMAT KEMBALI.


SELAMAT KEMBALI KE IPS

Selepas cuti 1 minggu semua membawa cerita masing-masing. Cerita kita banyak versi sepanjang cuti itu. Yang pasti cuti kali ini mengingatkan kita dengan tanggung jawab kita terhadap masa peribadi masing-masing. Ada yang balik bemesra dengan keluarga juga ada yang stay dalam asrama menjakan diri dengan assignment.

Cuti kali ini juga mengingatkan kita dengan perjalanan kita di sini. Makin jauh kita melangkah makin berusia dan matang fikiran kita. Tak lupa juga zaman PPISMP kita juga kian hampir tamat dan takdir kita di sini membawa kita hanyut ke alam PISMP yang sedang menanti kita. Hanya Tugasan dan tanggung jawab sahaja yang menjadi benteng sepanjang penantian ini.


ADAKAH KITA MASIH SESERONOK DULU?
ADAKAH KITA MASIH SEHEBAT DULU?
ADAKAH KITA MASIH BERSATU SEPERTI DULU?

Apa yang sedang terjadi di dalam koloni kita, semuanya ada punca dan ia menuruti kematangan dan usia yang kita sedang lalui. Adakalanya tanggung jawab itu yang menjadi batu sandungan kepada kecintaan kita, adakalanya komitment kita menjadi awan mendung kepada kita dan lubuk firasat kita juga menjadi timbunan benteng kita. Apa-apapun sering kali kita sematkan dalam bait-bait doa harian kita tenteng kecintaan ini, moga-moga, mudah-mudahan (bukan Mudah.my) hubungan kita berkekalan selamanya. A.M.I.N

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )