Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 November 2015

Sedang apa dan dimana?

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog spot ini.Terfikir juga penulis tentang apa yang sedang berlaku diluar sana apa yang sedang dialami dan dijalani oleh kawan-kawan yang pernah diam sebumbung belajar di maktab yang sama.

Mungkin ada di kalangan rakan-rakan penulis sedang berusaha menjadi seorang pendidik dan ada juga yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap individu memiliki rancangan masing-masing bergantung dengan kemampuan dan lokasi tempat kerja.

Penulis sendiri sedang berusaha untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana namun perjalanan ini bukanlah semudah yang disangka. Apa-apapun penulis sentiasa berdoa kepada rakan-rakan yang pernah bersama berjuang menggapai segulung ijazah pendidikan dengan harapan semuanya berjaya dan bahagia menjalani pekerjaan sebagai seorang guru.Sekian.

gambar rakan-rakan sekelas sebelum berpisah

15 Januari 2015

Selamat Tahun Baru!! ( The End )


Salam sejahtera kepada semua yang membaca Blog aku dan IPGKS. Ya, blog ini dah tak beroperasi lagi. Sebab bloggernya sedang menikmati lembaran hidup baru. Kan blog ni adalah blog berkaitan dengan kehidupan di sebuah maktab di Sarawak. Sekarang adminnya a.k.a blogger Aku Malas mencoret kisah Post ( selepas zaman maktab ) dalam blog bertajuk Aku Malas.

Aku, mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru tahun 2015. Agak mencabar tahun 2014 bagiku, secara peribadinya banyak dugaan yang aku alami bukan sahaja dari aspek peribadi malahan dari aspek pekerjaan sebagai guru baru pada tahun 2014. April merupakan tarikh bersejarah buat batch PISMP Ambilan Jan 2010 kerana 1. April . 2014 adalah tarik posting kami.

Semoga perjuangan ini semakin berseri dan jangan asyik menunggu jer.. kali ini kita yang menyumbang. Jangan melangkah maju.. tetapi berlari maju sekarang!Percepatkan langkah..er..er.. kira betul lah tu. tak salah kan? You all faham kan? Bijak.. bagus.. haha! Ok, thanks for lepak sekejap dalam Blog Nostalgic ini. Bye.

So... idea untuk enteri lepas ni? What about Time Bomb punya Photo di IPGKS Miri?!! hahaha! :-P

05 Julai 2014

SPP Alamat Wajib Guru Pelatih


Kepada rakan-rakan guru pelatih, SPP merupakan Badan bebas yang ditubuhkan mengikut perkara 141A(1) Perlembangaan Persekutuan. Sepanjang anda menjadi guru pelatih, perkara ini mungkin jarang disebut, namun selepas anda keluar dari Institut Pendidikan Guru ( IPGM ) anda akan berhadapn dengan badan ini. Untuk menguruskan pelbagai dokumen bagi melayakkan anda ditempatkan di sekolah.

Berikut adalah alamat yang menwakili Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Sebelum ni, ada yang menghantar dokumen kepada ketiga-tiga cawangan. Namun telah dimaklumkan, guru hanya diminta menghantarkan ke cawangan yang mewakili kawasan masing-masing sahaja.

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 1 - 4, Blok B3, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 Putrajaya

No. Tel : 03 - 8000 8000 (Pusat Panggilan 1 Malaysia)
Faks : 603 - 8871 7499

 ALAMAT CAWANGAN SABAH
Urus Setia Cwangan Sabah
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah,
Aras 1, Blok A,
Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah,
Peti Surat 11359, 
Jalan UMS-Likas, 
88450 Kota Kinabalu
Sabah.

No. Tel : 088 - 488 521/522/523/524
Faks : 088 - 487 257
 ALAMAT CAWANGAN SARAWAK
Urus Setia Cwangan Sarawak
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Urus Setia Cawangan Sarawak,
Tingkat 4, Wisma Staria BDC,
Lorong B, Jalan Stutong
93350 Kuching
Sarawak.

No. Tel : 082 - 458 955/958
Faks : 082 - 459 225

17 Mei 2014

Selamat hari Guru


Tema untuk 2014 adalah Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi. Demikianlah tema yang mendukung perjuangan guru-guru di Malaysia. Dengar cerita tadi blackout di IPGKS Miri. Seluruh bandar Miri mengalami ganguan elektrik kata kawan saya. Semoga sambutan hari guru di sekolah-sekolah dapat dijalankan dengan lancar.


Semoga semua guru pelatih berusaha lebih gigih dalam menaikkan imej perguruan di tanah air. Jadilah seorang guru yang luar biasa dan hebat. Sekian.

11 Mei 2014

Bag Nike Ori ?

Sumber dari Saudara Judd:

Menurut dia di laman FB IPGKS Miri  

"Salam 1 IPGKS..pihak koperasi ada menjual beg jenama Nike original dengan harga cuma Rm50.00 shj..beg dijamin ori n stok adalah terhad..kpd sesiapa yg berminat bole lh mghubungi sy melalui pm di FB..rebutlah peluang ini."




Wahai Cikgu Seni

Gambar hiasa. Web Junior Saya.

Sediakan diri anda dengan sebanyak mungkin ilmu. Kerana bukan hanya  PSV sahaja akan diajar di sekolah nanti. Sebagai guru, kita harus memiliki pelbagai jenis kemahiran. Guru bukan hanya duduk di bilik dan berfikir. Adakalanya kita menjadi perantara dengan masyarakat setempat. Ada perkara yang kita laksanakan memerlukan kemahiran yang tidak kita pelajari di IPG. Seharusnya tanamkan sifat rajin mencari ilmu.

Kepada semua guru tidak hanya berfokus kepada guru seni sahaja. Semua guru memiliki fungsi yang penting dalam komuniti. Jadikan segenap aktiviti di dalam kelas menarik dan indah. Kerana ia akan menjadikan  murid-murid kita berasa seronok untuk belajar. Jika mereka seronok, guru pun gembira. Usah ketepikan mereka dalam segenap hal termasuk perkara di luar bilik darjah. Mereka perlukan perhatian. Kita sebagai perantara, adakalanya kita tidak tahu murid kita bermasalah di dalam kelas disebabkan stress dan masalah keluarga.

Sekian.

30 Mac 2014

Kemana kami pergi lepas ni?

Tanggal 29 April 2014, rata-rata semua guru pelatih yang telah ditetapkan mengajar di Sarawak telah mengetahui keputusan berkaitan dengan lokasi penempatan. Aku a.k.a Aku Malas yang telah study di IPGKS Miri Sarawak telah mengetahui nasib aku hampir serupa dengan rakan-rakan yang lain. Kami telah ditempatkan di kawasan pedalan.

Aku telah diminta utk melapor diri di sebuah sekolah yang bernama SK Ju Julau. Dengan segera aku cuba menjejak lokasi sekolah ini dan akhirnya aku mengetahui realiti bahawa sekolah tersebut sangat tidak popular di dalam carian Google.

Ini memberi petunjuk bahawa sekolah ini tak kerap disebut. Adakah disebabkan ia terlalu pedalaman di kawasan Julau? Adakah di sana tak banyak guru yang buka blog atau berkongsi maklumat secara terbuka di dalam carian web? Banyak yang aku fikirkan, sehinggalah aku menemukan sebuah peta dari Google. Ia adalah peta lokasi beberapa buah sekolah di bahagian Julau.


Rupanya ia adalah sekolah P3 yang dulunya terkenal dengan cerita menaiki perahu sampai 7 jam jika sungai Maong menjadi cetek semasa musim kemarau. Ok, bunyinya macam menarik & ia jauh dari kesibukan seperti di bandar.

Aku dengar kawan-kawan yang lain juga ada dapat kawasan yang jauh seperti aku. Nampaknya, tidak sia-sia kami dilatih dengan B.I.G semasa berada di IPG. Semoga skill dan kekentalan yang telah dibentuk dapat digunakan sebaiknya untuk berkhidmat di kawasan yang sukar dimasuki manusia.

24 Mac 2014

1 April Tarikh Posting!!!

Syukur akhirnya setelah 3 bulan lebih bertarung dengan bantal dan katil di bilik semasa cuti akhirnya terdengar juga khabaran elok ini. Ingatkan selepas June.. hehehe. Banyak persediaan yang harus dibuat dan dalam masa terdekat ini aku hanya mampu update melalui FB dan Internet untuk pertara2 yg harus dilakukan segera.

Persiapkan segala dokumen yang diperlukan yang anda dapat dari SPP. Apa dokumen tersebut? ada tiga dokumen :

      a) Surat Setuju Terima Tawaran Perlantikan.(warna putih)
      b) Borang Pemeriksaan Perubatan.(warna putih)
      c) Surat Akuan Sumpah.(warna putih)
-  KWSP / salinan muka butiran bank.
-  Kad Pengenalan
-  Surat Beranak
-  Surat Tamat Belajar
-  Sijil sepanjang di IPG sama ada asal,salinan,softcopy

Kesemua dokumen diatas perlulah dibuat salinan sebanyak minimum SEPULUH(10). Setiap salinan perlulah disahkan. Dokumen seterusnya iaitu Surat Aku Janji. Anda akan buat perkara ini dihadapan Guru Besar disekolah anda ditempatkan.
 
Semakan:


02 Mac 2014

Cuti yang panjang selepas habis study.


Rasanya x banyak yg dapat diupdate dalam blog ini. Ini merupakan bulan ke-3 aku duduk dalam bilik. Rindu juga dengan kawan sepengajian. Harap mereka semua dalam keadaan yg sihat. Rindu pulak nak hidu udara IPGKS Miri. Ye la, bau galeri seni dan cat serta alatan besi di sana. Adakalanya cuti yang terlampau panjang membuatkan otak berkarat. Well, aku menulis blog dan membaca buku untuk elakkan otak aku menjadi tumpul!hahaha!
Lawat-lawatlah blog utama aku: aku-lazy.blogspot.com. Sekian. (▽≦)/



26 November 2013

Kehidupan Baru

Sekian sudah masa pengajian aku di IPG Sarawak, lepas ni aku nak ceritakan pula apa ya dalam blog ini? Sekurang-kurangnya aku masih lagi mampu kongsikan pengalaman aku sebagai Produk IPG Sarawak di dunia luar berkaitan dengan profesion ini. Yakinlah bahawa aku tak akan overdo dalam menulis blog, sebab aku ni adalah manusia biasa dan komitment aku hanyalah untuk kerjaya dan kehidupan di luar kotak laman web.

Antara gembira dan keberatan meninggalkan dunia IPG. Jom terbang ke dunia baru.

Today merupakan hari ke-11 selepas aku keluar melangkah dari Maktab a.k.a IPG Sarawak Miri. Aku masih cuba memikirkan perkara yang aku harus laksanakan dalam jangka masa yang sedikit ini bagi menyediakan aku untuk menghadapi alam kerjaya. Buat masa ni, aku nak hias bilik aku dengan pelbagai karya yang ku bawa bersama dari Maktab. Aku nak letak buku kajian tindakan berwarna merah merona di dalam rak buku istemewaku. :) Sekian...

13 November 2013

(Gambar) Paper Terakhir IPG Bagiku

Hari ini berlangsung Ujian bagi subjek major aku iaitu PSV 3114 Seni dan Pengurusan. Terasa lega ada, terasa sebak pun ada. Tak terasa perjalanan yang dulunya aku rasa sangat panjang terasa sekejap sahaja, selama ini aku menghitung hari takala melihat telatah teman-teman mencari soalan ramalan, soalan ujian, nota dan lain2 perkara yg dapat membantu mereka semasa ujian. Kini segalanya sudah hampir menuju penamat. Sekian.

Thanks all.






09 November 2013

Gambar Persembahan Kebudayaan Aroma Borneo

Banyak persembahan yang telah ditampilkan semasa majlis makan malam IPG Sarawak / IPGKS Miri. Namun persembahan pembukaan pada majlis tersebut sememangnya memaparkan ciri-ciri sarawak yang jati. Memang tidak dapat dipisahkan keindahan budaya seni tari jika dikaitkan dengan kebanyakan majlis atau aktiviti yang biasa diadakan di sarawak. Di sekolah pun sama.. :) Tarian ini adalah tanda pembuka acara dan ia juga mewakili nilai kebudayaan dan tanda hormat dari pelbagai suku kaum di dalam sesebuah institusi yang berbilang kaum.















Gambar: Edison Ho
Edit: Aku Malas

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )